BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 13, 2011

pEnGaT uBi KaYu

alkisahnye, ari nie puteri kesayangan maharaja muhamad telah diminta untuk menyediakan 

PENGAT UBI KAYU.

. lantas, puteri enah yang masih mengantuk sebab baru bangun tidow itu melirik jam pada telefon selularnya.. aduss!! waktunya sudah 10.00 pagi.. maharaja muhamad bakal berangkat pulang pada seawal-awalnya pada jam 5.30 petang.. butuh waktu.. tambahan pula, puteri enah memang tak tahu cara-cara membuat pengat ubi kayu tersebut.

tanpa berlengah masa, telefon selularnya itu diambil. dan 1 nombor telah didail. puteri enah menunggu penuh sabar untuk panggilannya berjawab.

tut.. tut,, tut..

'' allo mummy, can u help me??'' puteri enah berbicara persis berada di kota london.

''bakpe enah??'' tanya maharani zakiah pula.. adus!! orang tanye die, die tanya kite balik.. memang tak menjawab soalan betulla.
.
'' hurm.. ur hubby nak makan pengat ubi kayu.. camne nak wat erk??" tanya puteri enah penuh kelembutan.

maharani zakiah menarik nafas panjang. dengan gaya ala-ala chef wan gitu, baginda memberitahu cara-cara untuk membuat pengat ubi kayu dengan penuh bertauliah. cam dah masuk dapur master chef la pulak..

bahan-bahan

*ubi kayu
*gula melaka
*santan
*daun pandan
*sedikit garam

cara-cara

Kupas kulit ubi dan bersihkan. Kemudian potong kecil-kecil dan toskan. Masukkan ubi kayu, santan dan gula pasir ke dalam periuk. Masukkan juga daun pandan. Jerang periuk ke atas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak bergentel. Kemudian masukkan sedikit garam. Apabila ubi telah empuk dan cukup pekat, sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak, bolehlah diangkat.


'' itu sahaja.. selamat mencuba" ucap maharani zakiah.

puteri enah menelan liur. hurm.. bukan susah sangat pun.. buat aje la.. keputusannya bakal diterima malam ini.. pengadilnya sudah tentulah maharaja muhamad dan seorang nenek kebayan. aduss!! kalau puteri enah gagal, jawabnya dia bakal menerima hukuman pancung..

so, 
gambatte kudasai!!


Pengat Ubi Kayu by Puteri Enah





p/s : actually, cite tue dah ditokok tambah sesedap oren oleh aku. tp, base cite mmg cam kat atas tue la.. so, da msuk waktu tuk masuk dapur da nie.. wish me best of luck.. :-)

0 comments: