BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 12, 2011

aku bukan maryam ( 1 )


'' pang!!'' penampar Puan Nabihah singgah di pipi Rianna..
Sakit. Memang sakit. Namun, kesakitan itu seolah olah tidak Rianna rasakan. Kepedihan jiwa akibat kata-kata papanya tadi lebih menusuk jiwa.

''Dasar anak tak sedar dek untung!! Ttergamak kau menconteng arang ke muka kami?!! Aku hantar kau belajar jauh-jauh bukan nak suruh kau jadi setan!! Sekarang siapa yang nak bertanggungjawab dengan budak tu? Kau nak harapkan cinta hati kau tue? Kau tak dengar apa yang jantan tak guna tu dah cakap tadi?!"

Encik Darus kehilangan kata-kata. Hatinya pedih mengenangkan perbuatan anak kesayangannya. Entah dimana silapnya hinggakan Rianna tegar melakukan perkara terkutuk tersebut. 

***

Rianna tahu itu semua memang salah dirinya. Dia yang hanyut dengan janji manis Imran. Hinggakan dia terlupa diantara dosa dan pahala. Bersama Imran, dia rasakan seolah-olah dia adalah puteri raja. Imran limpahkan dia dengan cinta dan kemewahan. Cinta Imran mewarnai hari-harinya hingga dia alpa akan janjinya pada Encik Darus dan Puan Nabihah untuk menjadi seorang anak solehah.

Tambahan pula, siapa yang tak kenal Taufiq Imran Tan Sri Iskandar. Jejaka idaman malaya yang akhirnya menjadi kekasih hati Edrianna Syaqina sehingga ramai gadis sekampus dengannya yang menggigit jari. Tak kurang juga surat layang yang diterimanya sejak Imran melamarnya sebagai buah hati. Segala kata-kata sinis yang diterima oleh rakan sekampus sudah lali di telinga Rianna. Semuanya Rianna sanggup terima demi cintanya pada Imran.

Rianna amat bahagia bersama Imran. Seolah-olah dunia mereka yang punya. Taufiq Imran, jejaka yang bermulut manis itu memang pandai memujuk.Dia tahu bagaimana caranya untuk membuai hati Rianna. Pada malam Valentine's Day itu, sekali lagi setan bersorak gembira. Sepasang lagi anak Adam tersungkur di lembah maksiat. Apabila nafsu mengaburi cinta, seolah berada di syurga dunia.

***

Uweekk!!

Edrienna mendapatkan Rianna yang berada di tandas. Belakang Rianna diusap lembut. Sejak kebelakangan ini, Rianna kerap muntah-muntah. Emosinya juga semakin tidak menentu.Sebagai kakak, Edrienna amat risaukan kesihatan adiknya itu.

"Rianna, Kak Rien dah call Imran tadi. Dia cakap, kejap lagi dia sampai. Adik pergi klinik okey."
" Okey. Thankz akak."

Di klinik, Imran menunggu Rianna menjalani pemeriksaan dengan penuh sabar. Hatinya gundah risaukan kesihatan kekasihnya.Dalam hati, Imran tak putus berharap agar Rianna baik-baik saja. Sehingga datang seorang jururawat yang menggamitnya untuk menuju ke bilik doktor.

Rianna yang baru bangkit dari katil pemeriksaan tersenyum manja melihat Imran melangkah masuk. Raut kerisauan di wajah pujaan hatinya itu bagai menyirami bunga-bunga cinta dihatinya. Rianna tahu Imran amat mencintainya.

" Tahniah buat encik dan puan. Encik bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Puan Edrianna sekarang sudah mengandung 4minggu." ucap Doktor Ilham. 

Suasana hening menyelubungi bilk itu. Seolah-olah berada di bilik mayat sahaja lagaknya. Imran dan Rianna tampak pucat. Mereka tidak percaya dengan apa yang telah doktor itu ucapkan. Mana mungkin Rianna mengandung. Mereka masih muda. 

" Err.. Betul ke ni doktor?'' Tanya Rannia. Dia inginkan kepastian.

" Ya puan. Sudah 4minggu. Ini bayi pertama ya? Patutlah encik dan puan nampak terkejut. Puan perlu banyakkan rehat dan jangan buat kerja berat. Okey? Apapun, tahniah sekali lagi." Doktor Ilham sudahi kata-katanya dengan sekuntum senyuman. Pada hematnya, mungkin pasangan muda itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Sedangkan, ikatan itu sebenarnya tidak pernah wujud.

***

"Sayang.. Sayang sayangkan b tak??"

" I love you so much b.. Sayang dah pun serahkan segala-galanya pada b. Tapi, macam mana dengan baby ni? B.. Kita kahwin k..

"Kahwin?! No!! Sayang, listen to me. Kita gugurkan aja baby tue. Okey??"

Imran cuba memujuk. Perkataan kahwin itu seolah-olah menyentak jiwanya. Mereka masih muda. Takkan dah nak kahwin kot.

"B.. Kita dah buat dosa, takkan kita nak tambah dosa lagi?? Lagipun, baby nie tak bersalah b.."

Air hangat mula bergenang di tubir mata Rianna. Dia tak mahu gugurkan kandungannya. Walaupun, dia sendiri tak tahu bagaimana caranya untuk berhadapan dengan kedua ibubapa mereka. Dia berharap Imran akan bertanggungjawab. Tapi, melalui tutur kata Imran itu, seolah-olah jejaka itu cuba untuk lepas tangan.

" Kalau kau nak jaga sangat, kau jaga sorang-sorang. Entah betul ke tidak baby tue anak aku. Entah anak sesiapa pun aku tak tahu. Kau buat dengan orang lain, lepas tue sesuka hati je nak suruh aku bertanggungjawab. Huh!! Dasar betina sial!!"

"B.. How dare you!! Anak ni anak you la. Tak ada orang lain pernah sentuh I selain daripada you. Kenapa you cakap macam nie? Mana janji-janji b dulu??"

Imran sudah memberhentikan keretanya di bahu jalan. Emosinya tidak menentu. Dia tersepit antara kasihnya pada Rianna dan egonya sebagai lelaki. Memang dia cinta akan Rianna, tapi tak mungkin dia akan menerima baby itu. Lagipun, Puan Sri Maria pasti akan mengamuk jika dia tahu apa yang telah terjadi. Dan Imran amat pasti, Tan Sri Iskandar pasti akan menghalaunya keluar dari banglo mewah itu. Tidak mustahil juga, dia akan kehilangan segala kemewahan yang telah dinikmatinya kini. Hatinya merusuh. Dan sekarang, Imran tekad memilih harta. Baginya, bunga bukan sekuntum. Keretanya dipecut laju menuju ke rumah Rianna. Ah! Mudahnya bagi Imran untuk melepaskan diri.

"Dah sampai umah you.. Turunlah"

" Okey. Thankz b. Malam ni sayang call b, okey? Kita bincang."

" There's nothing to discuss. Antara kita cukup sampai di sini. Kita putus."

Sebaik menuturkan itu, Taufiq Imran memecut keretanya pergi. Dari cermin sisinya, dia dapat melihat Rianna sedang menangis. Di sudut hatinya, Imran turut merintih. 

Maafkan b sayang.. Memang b sayangkan sayang.. Tapi b tak mungkin akan bertanggungjawab.. B taknak dibuang keluarga..

Bagi Rianna pula, kata-kata itu seolah-olah halilintar yang membunuh jiwanya. Rianna merasakan dunianya gelap gelita. Cintanya dihancurkan oleh Imran. Seluruh hidupnya seolah-olah telah musnah. Rianna tak sanggup untuk menanggung segala-galanya sendirian. Bagaimana nanti dia nak berhadapan dengan Encik Darus dan Puan Nabihah? Fikirannya berputar ligat.
Hatinya menangis sayu..

Sampai hati b buat sayang macam nie..

 Rianna pengsan di situ.


bersambung...






0 comments: